1. Memasuki masjid dengan kaki kanan dan keluar masjid dengan kaki kiri
2. Membaca doa semasa masuk dan keluar masjid
3. Membaca niat i'tikaf semasa di dalam masjid
- contoh niat - "Sahaja aku ber-i'tikaf di dalam masjid ini kerana Allah Ta'ala"
- sekiranya masih ada masa, sembahyanglah sunat tahiyatul masjid
- sekiranya sudah azan, bolehlah terus sembahyang sunat sebelum waktu
- sekiranya sudah qamat, teruslah dengan sembahyang fardhu
LARANGAN SEMASA DI MASJID
1. Jangan memasuki masjid dengan tubuh dan pakaian yang kotor dan bernajis
2. Jangan berbual-bual perihal dunia di dalam masjid
3. Jangan berjalan dihadapan orang sedang bersembahyang
- Lebih kurang had yang tidak dibenarkan adalah sehingga melepasi tempat sujudnya
- perlahankan suara ketika membaca Al-Quran dan berzikir
- perlahankan suara ketika berbicara berkaitan agama